Tools for Humanity (TFH) ialah syarikat teknologi global yang ditubuhkan untuk mempercepat peralihan ke arah sistem ekonomi yang lebih adil. TFH telah mengambil langkah awal dalam membangunkan protokol Worldcoin dan menyokong fasa ujian betanya yang dilakukan dalam tempoh beberapa tahun. Selepas daripada itu, TFH telah memindahkan amanah bagi pengurusan protokol Worldcoin kepada sebuah badan bebas yang dikenali sebagai World Foundation. Pemindahan ini telah dilakukan sebelum pelancaran protokol pada akhir Julai 2023. Buat masa ini, TFH terus menyediakan perkhidmatan kepada Worldcoin Foundation dan mengendalikan World App, iaitu dompet pertama yang serasi dengan Worldcoin.

Sejak penubuhan syarikat pada tahun 2019, pelabur dan ahli pasukan TFH (pekerja, perunding, penasihat dan penyedia perkhidmatan lain) telah diperuntukkan dengan Token Worldcoin (WLD) terkunci berdasarkan sumbangan masing-masing. Bermula dari 24 Julai 2024, token WLD pertama ini mula dinyahkunci.

Pada asalnya, token WLD bagi penyumbang awal ini adalah tertakluk kepada jadual penguncian selama tiga tahun. Secara khususnya, tiada sebarang pemindahan yang dibenarkan untuk tempoh selama satu tahun selepas pelancaran protokol Worldcoin pada 24 Julai 2023. Token ini seterusnya dinyahkunci setiap hari secara linear sepanjang dua tahun berikutnya. Di bawah jadual asal ini, hampir kesemua token TFH awal akan dilepaskan daripada penguncian menjelang akhir Julai 2026 ( iaitu pada ulang tahun ketiga pelancaran Worldcoin).

Namun, pada minggu ini, jadual nyahkunci bagi kira-kira 80% token WLD pelabur dan ahli pasukan TFH telah dilanjutkan daripada 3 tahun kepada 5 tahun. Bagi token-token yang terlibat ini, tahun pertama jadual nyahkunci adalah tidak berubah (tiada pemindahan dibenarkan selama satu tahun selepas pelancaran protokol Worldcoin pada 24 Julai 2023). Dengan perubahan ini, 80% token TFH yang terjejas akan dinyahkunci secara lebih beransur-ansur: ia akan dilakukan setiap hari dan secara linear sepanjang empat tahun seterusnya. Nyahkunci bagi hampir kesemua token ini dijangkakan akan selesai menjelang akhir Julai 2028, iaitu kira-kira lima tahun selepas pelancaran protokol.

Rajah berikut menunjukkan perubahan pada jadual nyahkunci token TFH sepanjang tempoh diperkenalkan sehingga akhir Ogos 2024.

Penyahkuncian Token TFH (WLD)

  • Komuniti World

  • Pasukan TFH

  • Pelabur TFH

  • Simpanan TFH

The Orb

Sila ambil perhatian bahawa sebarang ramalan berasaskan maklumat ini adalah hanya anggaran, atas faktor seperti: (1) perbezaan masa pelabur TFH individu menebus waran mereka, (2) jadual perlepasan (vesting) ahli pasukan TFH yang mempunyai garis masa tersendiri yang lazimnya berkait dengan tempoh perkhidmatan mereka di TFH, dan (3) peruntukan masa depan Rizab TFH bagi token WLD, yang pada masa ini berjumlah kira-kira 120 Juta token WLD. Tiada rancangan untuk melanjutkan tempoh penguncian lagi.

Penafian

Kandungan di atas adalah sah hanya setakat tarikh yang dinyatakan. Kenyataan di sini mungkin merupakan kenyataan yang memandang ke hadapan (termasuk kenyataan mengenai niat, kepercayaan atau jangkaan semasa berkaitan dengan keadaan pasaran, strategi dan rancangan perniagaan, keadaan kewangan, peruntukan spesifik dan amalan pengurusan risiko). Anda dinasihatkan agar tidak meletakkan kebergantungan yang tidak wajar pada kenyataan berpandangan hadapan ini. Ini kerana kenyataan-kenyataan ini melibatkan risiko, ketidakpastian dan faktor-faktor lain yang diketahui dan tidak diketahui yang mungkin menyebabkan keputusan masa hadapan yang sebenar adalah berbeza secara material daripada yang diterangkan oleh kenyataan berpandangan ke hadapan tersebut, dan tiada pihak ketiga bebas yang telah mengkaji kewajaran mana-mana kenyataan atau andaian tersebut.

Maklumat tambahan boleh didapati dalam Terma dan Syarat Pengguna TFH. Berhubung dengan projek Worldcoin yang lebih luas, pembaca juga boleh meneliti bahagian Penafian dalam Kertas putih Worldcoin Foundation, Terma dan Syarat Pengguna Worldcoin Foundation dan Maklumat tambahan Penting untuk Pengguna di www.world.org/risks; namun begitu, sila ambil perhatian bahawa TFH tidak akan bertanggungjawab ke atas kandungan pihak ketiga ini.