Dasar Privasi Tools for Humanity
Dasar Privasi Tools for Humanity
Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana Tools for Humanity Corporation (“Kami”, “TFH”) memproses data anda apabila anda menggunakan World App, laman web dan perkhidmatan kami (secara kolektif, “Perkhidmatan” kami). Kami telah cuba memastikan dasar ini mudah untuk anda, dan Kami tidak sekali-kali menjual maklumat peribadi anda.
Jika anda menggunakan World App atau Orb yang dibina oleh TFH untuk mengesahkan World ID anda, bahagian pertama Dasar Privasi ini berkenaan dengan anda. Syarikat lain boleh membina aplikasi (“Aplikasi Sepadan”) dan atau Orbs untuk membolehkan orang ramai mencipta, menyimpan, mengesahkan atau menggunakan World ID mereka.
Pengesahan World ID dan OrbApakah World ID?Internet bukan lagi seperti dahulu. Media sosial dipenuhi dengan bot. Kandungan palsu menjana berita palsu. Malah Wikipedia mengalami kesukaran untuk membayar kos pelayar akibat berjuta-juta bot yang mengakses laman webnya. Apabila kita kalah dalam permainan dalam talian melawan bot atau leret ke kanan pada profil aplikasi temu janji palsu, kita dapat melihat bagaimana Internet berubah kerana kemunculan kecerdasan buatan – kita kehilangan unsur kemanusian semasa berinteraksi dalam talian. Untuk menangani masalah ini, platform dalam talian memaksa pengguna untuk mengenal pasti diri mereka. Sesetengah kerajaan mempertimbangkan untuk mewajibkan pengguna dalam talian untuk menggunakan nama sebenar mereka. Kami fikir ada cara yang lebih baik untuk menyelamatkan Internet. Cara yang tidak memerlukan anda mengenal pasti diri anda. Inilah sebabnya kami menyumbang kepada infrastruktur identiti dalam talian tanpa nama, yang dimiliki oleh semua orang – World ID. Bagaimanakah World ID berfungsi?And boleh mencipta dan menyimpan World ID dengan menggunakan Aplikasi Sepadan. Apabila anda mencipta dan menyimpan World ID anda, anda boleh memilih untuk mengesahkan World ID anda. Mencipta World IDAnda mula dengan memasang Aplikasi Sepadan pada telefon anda. Aplikasi Sepadan akan mencipta nombor rawak secara automatik, Rahsia World ID anda. Nombor ini hanya ada di peranti mudah alih anda dan tidak akan didedahkan kepada sesiapa. Mengesahkan World IDUntuk mengesahkan World ID anda, anda boleh membuat janji temu dengan Orb. Orb akan: mengambil gambar muka dan mata anda; menganalisis imej untuk mengesahkan anda manusia unik; menjana kod iris; tanpa namakan kod iris itu; menyulitkan foto, kod iris dan data tanpa nama dan menghantarnya ke telefon anda; dan memadamkan semua data itu secara kekal daripada Orb. Ketahui lebih lanjut tentang Orb. KemanusiaanPertama, rangkaian neural pada Orb menilai foto untuk menentukan sama ada individu dalam foto itu ialah manusia hidup untuk menyekat imej dan foto palsu tulen pada skrin yang cuba menipu Orb. KeunikanKedua, kami menyemak bahawa anda belum pernah mengesahkan World ID sebelum ini – dan memastikan anda unik. Untuk tujuan itu, Orb menjana pengabstrakan foto mata untuk mencipta kod iris. Kod iris ialah siri nombor 12,800 sifar dan yang mengabstrakkan butiran mata. Kod iris kemudiannya ditanpa namakan menggunakan penyulitan homomorfik melalui Perkongsian Rahsia Shamir dalam Pengiraan Berbilang Pihak—ini dipanggil Pengiraan Berbilang Pihak Tanpa Nama atau Anonymous Multi Party Computation (AMPC). Ketahui lebih lanjut tentang AMPC. Selepas dijadikan tanpa nama, keunikan disahkan dengan membandingkan serpihan AMPC secara kriptografi dengan pangkalan data besar serpihan AMPC lain, yang tidak boleh dihubungkan kepada individu, untuk melihat sama ada serpihan AMPC baharu itu sebenarnya unik. KawalanFoto, kod iris dan serpihan AMPC ditandatangani dan disulitkan secara kriptografi supaya data ini boleh dihantar dan disimpan dengan selamat pada telefon anda. Data kemudiannya dipadamkan secara kekal daripada Orb. Ini bermakna anda sahaja yang mempunyai salinan data peribadi anda. Ketahui lebih lanjut tentang Kawalan Peribadi. Anda boleh menggunakan foto pada telefon anda untuk pengesahan wajah. Pengesahan wajah memadankan swafoto wajah anda dengan foto yang ditandatangani secara kriptografi yang diambil oleh Orb untuk memastikan bahawa anda ialah pemilik sah World ID. Pengesahan wajah juga dilakukan sepenuhnya pada telefon anda. Ketahui lebih lanjut tentang Pengesahan Wajah. Bagaimanakah data dijadikan tanpa nama?Penyulitan ke dalam serpihan AMPC adalah secara rawak–walaupun anda cuba melakukan pengesahan sebanyak dua kali, anda akan diberi serpihan berbeza setiap kali. Kaedah khas di mana serpihan AMPC dikira membenarkan serpihan masih boleh digunakan untuk menentukan keunikan sahaja. Menyimpan serpihan AMPC dengan universiti dan pihak lain yang telus memastikan serpihan AMPC tidak akan digabungkan semula atau digunakan untuk sebarang tujuan lain selain ujian keunikan. Dengan cara ini, tiada data peribadi disimpan atau boleh diakses oleh mana-mana penyumbang atau peserta protokol World, atau mana-mana pihak ketiga. Penggunaan World IDJika pengesahan Orb anda berjaya, cincangan rahsia World ID anda (nombor rawak) ditambahkan dalam senarai awam cincangan World ID yang disahkan tanpa mengetahui identiti anda atau jenis data yang dikumpul pada Orb. Apabila anda menggunakan World ID anda, anda membuktikan dari telefon anda bahawa anda menyimpan rahsia World ID dalam salah satu cincangan dalam Hash Tree tanpa mendedahkan cincangan tersebut. Bukti Sifar Pengetahuan (Zero Knowledge Proof, ZKP) memastikan anda tidak mendedahkan cincangan mana yang anda gunakan. Sebaliknya, ZKP mencipta cincangan pembatal untuk tindakan khusus yang bertindak sebagai World ID pakai buang dengan tindakan khusus. Ini membolehkan anda menggunakan World ID secara tanpa nama. Ini bermakna jika anda log masuk ke dua perkhidmatan berbeza menggunakan World ID anda dan perkhidmatan tersebut cuba mengenal pasti anda dengan berkongsi cincangan pembatal anda, mereka tidak dapat mengenal pasti anda. Ini tidak menyelesaikan atau menghalang mereka daripada mengenal pasti anda melalui cara lain yang selalu digunakan oleh platform dalam talian, tetapi lambat laun boleh membantu menangani masalah penjejakan dalam talian. Ketahui lebih lanjut tentang ZKP. |
Data Peribadi Yang Di Kumpul Dan Digunakan Oleh Kami
Kami mengumpul data peribadi anda apabila anda memberikannya kepada kami dan apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami. Dalam sesetengah kes, Kami juga menerima data peribadi daripada pihak ketiga. Seperti yang dijelaskan lebih lanjut di bawah, anda boleh mengakses, membetulkan atau memadam data peribadi anda pada bila-bila masa.
Data peribadi yang anda berikan kepada kami
Data yang disenaraikan dalam bahagian ini merupakan pilihan anda untuk diberikan. Anda boleh mengubah fikiran anda dan mengubah suai atau memadamnya pada bila-bila masa dalam tetapan World App.)
- Anda boleh menambah nombor telefonanda pada akaun World App anda. Ini membantu kenalan anda mencari anda dan berinteraksi dengan anda. Anda juga boleh menggunakan nombor telefon anda untuk memulihkan data sokongan dan menggunakan sistem rujukan kami (lihat rujukan perkongsian kami).
- Anda boleh segerakkan kenalananda dengan World App. Ini membolehkan anda melihat kenalan anda yang telah menambahkan nombor telefon mereka dalam World App supaya anda boleh berhubung dan berinteraksi dengan mereka dengan lebih mudah. Kami tidak menyimpan nombor kenalan anda.
- Anda boleh mencipta nama pengguna, yang boleh anda ubah pada bila-bila masa. Nama pengguna anda dihubungkan ke dompet anda sahaja dan bukan ke World App anda.
- Apabila kami meminta anda memasukkan tarikh lahir anda, Kami tidak akan menyimpannya.
- Anda boleh berkongsi geolokasi anda dengan kami untuk mencari Orb berhampiran anda dan membantu kami mengetahui kawasan yang Kami harus sertakan untuk menyediakan Orb pada masa hadapan.
- Anda akan diminta memasukkan tarikh lahir anda. Tarikh lahir anda tidak dikekalkan atau disimpan dan hanya digunakan pada peranti anda untuk menentukan sama ada anda memenuhi syarat umur minimum untuk menggunakan Perkhidmatan.
- Jika anda menghubungi kami, contohnya untuk mendapatkan bantuan atau sokongan, Kami akan memproses mesej dan komunikasi dengan anda yang boleh mengandungi data peribadi anda. Jika anda memberikan maklum balas melalui tinjauan, Kami akan menggunakan maklum balas anda untuk menambah baik perkhidmatan kami.
- Jika anda menggunakan World Chat Kami tidak dapat melihat atau mengakses mesej sembang anda. Mesej dan metadata yang berkaitan adalah sulit sepenuhnya dan Kami tidak boleh menyahsulit atau mengaksesnya. Kami hanya menghalakan mesej yang disulitkan melalui pelayan kami daripada pengirim mesej kepada penerimanya.
- Anda boleh membenarkan kami untuk mengumpul dan menganalisis maklumat yang lebih terperinci tentang interaksi anda dengan World App untuk membantu kami mencari pepijat dan menambah baik produk kami.
- Anda boleh memilih untuk memberikan data anda untuk menambah baik World ID untuk manfaat semua. Untuk memastikan World ID selamat, boleh dipercayai dan inklusif, model yang menjanakannya memerlukan data latihan daripada populasi yang pelbagai. Anda boleh memilih untuk berkongsi foto Orb dan foto Pengesahan Wajah anda untuk membantu melatih model tersebut.
- Anda boleh menambahkan Bukti Kelayakan seperti pasport dalam World App anda. Kami akan menyemak kesahihan bukti kelayakan anda, mengesahkan wajah anda sepadan dengan gambar pada bukti kelayakan dan kemudian menyimpan data bukti kelayakan anda dengan selamat pada peranti anda. Kami tidak akan mempunyai akses kepada maklumat peribadi yang terkandung pada bukti kelayakan anda.
Maklumat yang Kami kumpul apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami
- Apabila anda menggunakan World App, Kami mengumpul maklumat tentang sambungan anda, seperti alamat IP anda, jenis penyemak imbas dan data berkaitan untuk menyediakan Perkhidmatan kami dan menyesuaikannya dengan negara anda berada. Selanjutnya, kami mengumpulmetadata perantiseperti resolusi skrin anda, sistem pengendalian, pembawa, bahasa, memori, aplikasi yang dipasang, tahap bateri dan nombor peranti untuk memastikan aplikasi anda berfungsi dengan baik pada peranti anda dan mematuhi Terma dan Syaratkami. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk mengesan dan mencegah penipuan.
- Kami mengumpul maklumat lanjut tentang interaksi anda dengan World App untuk memastikan aplikasi berfungsi seperti yang anda harapkan (cth, simpan tetapan anda dan tahap pengesahan anda untuk menunjukkan antara muka masing-masing kepada anda).
- Kali pertama anda membuka World App pada telefon anda, aplikasi ini menjana dompet kripto secara rawak termasuk alamat dompet untuk anda. Kami memproses alamat dompet tersebut untuk membolehkan transaksi melibatkan dompet anda. Kunci peribadi yang sepadan dengan dompet hanya disimpan pada peranti anda dan Kami tidak akan mempunyai akses kepadanya.
- Untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan untuk menyediakan antara muka untuk transaksi rantaian blok, kami mengumpulkan salinan terkini keadaan rantaian blok awam yang boleh mengandungi transaksi awam anda sebelum ini.
- Laman web kami menggunakan Kuki. Kuki ialah fail teks kecil yang tersimpan pada peranti anda yang digunakan oleh perkhidmatan dalam talian untuk mengenal pasti peranti dan/atau keutamaan anda. Kami menggunakan Kuki fungsi untuk memastikan pengalaman laman web yang bagus untuk anda, dan Kuki pilihan untuk menganalisis dan menambah baik cara laman web kami digunakan. Untuk senarai penuh Kuki dan pilihan anda untuk menolak Kuki yang tidak penting, sila lihat Dasar Kuki kami.
Maklumat yang Kami mungkin terima daripada pihak ketiga
- Jika anda perlu menggunakan portal sokongan kami untuk mengesahkan umur anda, Kami minta pengesahan daripada pihak ketiga yang secara bebas telah mengesahkan bahawa anda sekurangnya-kurangnya sudah mencapai umur dewasa di negara anda. Kami tidak menerima sebarang maklumat lain daripada pihak ketiga ini.
- Untuk mengelakkan penipuan dan aktiviti haram pada Perkhidmatan kami, Kami menerima maklumat daripada pembekal pihak ketiga tentang peranti dan dompet rantaian blok yang dikaitkan dengan potensi penipuan dan atau aktiviti haram.
Berkongsi Data Peribadi
Dalam TFH, hanya ahli pasukan yang perlu mengakses atau melihat data peribadi untuk melaksanakan tugas mereka boleh berbuat demikian, dan Kami mempunyai kawalan akses yang ketat untuk memastikan perkara ini dipatuhi. Kami juga berkongsi data dengan vendor dan penyedia perkhidmatan yang dipercayai yang bekerjasama dengan Kami. Penyedia perkhidmatan ini termasuk penyedia perkhidmatan awan, perisian sebagai penyedia perkhidmatan dan firma keselamatan IT. Sila dapatkan senarai lengkap pemproses kami.
Kami mungkin berkongsi data anda untuk mematuhi keperluan undang-undang atau menunaikan permintaan sah daripada pihak berkuasa Penguatkuasaan Undang-undang. Jika tindakan anda melanggar Terma dan Syarat kami, atau menimbulkan risiko kepada hak kami atau pihak lain, kami mungkin memberikan maklumat anda kepada pihak berkuasa yang berkaitan. Kami akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan persetujuan anda atau atas arahan anda.
Tempoh Kami Menyimpan Data Peribadi
Secara amnya, Kami menyimpan data peribadi anda seperti berikut:
- data peribadi yang anda berikan kepada kami, Kami simpan selagi anda menggunakan Perkhidmatan kami, atau sehingga anda memutuskan untuk mengubah suai atau memadamnya;
- maklumat yang Kami kumpulkan apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami, Kami tidak akan simpan maklumat ini lebih daripada dua tahun. Interaksi anda sebelum ini dengan World App (yang kami perlukan untuk memastikan aplikasi berfungsi), Kami kekalkan maklumat ini sepanjang tempoh anda menggunakan Perkhidmatan kami, atau sehingga anda memadam akaun anda;
- data dompet diterbitkan secara kekal pada rantaian blok awam, di mana Kami menerima salinan kemas kini data ini secara kerap; dan
- maklumat yang Kami mungkin terima daripada pihak ketiga (biasanya untuk mengelakkan penipuan dan memastikan anda dan individu lain selamat semasa menggunakan Perkhidmatan kami), Kami menyimpannya selama satu tahun melainkan anda telah melanggar Terma kami. Jika ini berlaku Kami akan menyimpannya selama lima tahun.
Jika dikehendaki oleh undang-undang, Kami akan terus mengekalkan data peribadi anda seperti yang diperlukan untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan kawal selia kami, termasuk pemantauan, pengesanan dan pencegahan penipuan, serta cukai, perakaunan dan kewajipan pelaporan kewangan.
Untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang sebab dan tujuan undang-undang khusus untuk aktiviti pemprosesan data kami, sila rujuk carta di bawah, yang menerangkan data yang Kami kumpulkan, tujuan Kami menggunakannya dan tempoh data tersebut disimpan.
Hak Anda
Data anda ialah hak milik anda dan Kami percaya anda seharusnya boleh melaksanakan hak anda dengan mudah pada bila-bila masa. Apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami, anda boleh pada bila-bila masa:
- mengetahui lebih lanjut tentang pemprosesan data melalui bahan sokongan di sini atau hubungi Pejabat Perlindungan Data kami di sini;
- mengakses dan mendapatkan salinan data peribadi anda di sini;
- membetulkan mana-mana data peribadi anda di sini;
- memadamkan data peribadi anda dengan mengklik pada tetapan dan mengklik pada Privasi & Undang-undang dan memilih untuk memadam data pilihan atau memadam akaun penuh anda; dan
- membatalkan persetujuan anda untuk pemprosesan data berdasarkan persetujuan atau membantah pemprosesan berdasarkan kepentingan yang sah termasuk permintaan untuk menyekat pemprosesan mengkilk pada tetapan anda dalam World App di bawah Privasi & Undang-undang.
Anda boleh melaksanakan hak ini dalam World App dengan mengklik pada Privasi & Undang-undang dalam tetapan; untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pemadaman data, lihat artikel pusat bantuan ini.
Umum
Kami mematuhi Rangka Kerja Privasi Data EU-A.S. (EU-U.S Data Privacy Framework (DPF)), Sambungan UK kepada DPF EU-A.S., dan Rangka Kerja Privasi Data Switzerland-A.S. (DPF Switzerland-U.S.) seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perdagangan A.S. Kami telah disahkan oleh Jabatan Perdagangan A.S. bahawa kami mematuhi Prinsip Rangka Kerja Privasi Data EU-A.S. (Prinsip DPF EU-AS) berkenaan dengan pemprosesan data peribadi yang diterima daripada Kesatuan Eropah berdasarkan DPF EU-A.S. dan daripada United Kingdom (dan Gibraltar) berdasarkan Sambungan UK kepada DP EU-A.S. Kami telah disahkan oleh Jabatan Perdagangan A.S. bahawa kami mematuhi Prinsip Rangka Kerja Privasi Data Switzerland-A.S. (Prinsip DPF Switzerland-A.S.) berkenaan dengan pemprosesan data peribadi yang diterima dari Switzerland berdasarkan DPF Switzerland-A.S. Jika terdapat sebarang percanggahan antara terma dalam dasar privasi ini dan Prinsip DPF EU-A.S. dan/atau Prinsip DPF Switzerland-A.S., Prinsip tersebut akan diutamakan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program Rangka Kerja Privasi Data (DPF), dan untuk melihat pensijilan kami, sila layari laman web rangka kerja privasi data.
Anda mestilah sekurang-kurangnya dalam lingkungan umur dewasa dalam negara anda (dan sekurang-kurangnya 18 tahun) untuk menggunakan Perkhidmatan kami. Kami mengambil serius perlindungan kanak-kanak di bawah umur—jika anda mengesyaki seseorang di bawah umur 18 tahun menggunakan Perkhidmatan kami, sila hubungi kami dengan segera melalui Portal Privasikami atau saluran di atas.
Kami boleh mengemas kini Dasar Privasi ini pada bila-bila masa, tetapi jika perubahan itu menjejaskan hak anda, kami akan memberitahu anda lebih awal. Jika anda menggunakan Perkhidmatan kami selepas kemas kini dilakukan, ini bermakana anda bersetuju dengan Dasar Privasi yang dikemas kini.
Cara Menghubungi Kami
Jika anda ada soalan tentang Dasar Privasi ini atau soalan lain berkaitan data, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa. Anda boleh menghubungi Pejabat Perlindungan Data dan Pegawai Perlindungan Data kami, Julian Moore, di [email protected] atau dengan menghantar surat ke alamat: DPO, Tools For Humanity Corporation, 650 7th St, San Francisco, CA 94103, USA.
Jika anda tinggal di Amerika Syarikat atau mana-mana negara lain di luar Kesatuan Eropah, Negara Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (European Free Trade Association, EFTA States) atau United Kingdom, pengawal data yang bertanggungjawab untuk data peribadi anda ialah Tools for Humanity Corporation, di alamat 650 7th St, San Francisco, CA 94103, USA.
Jika anda tinggal di Kesatuan Eropah, Negara EFTA atau United Kingdom, pengawal data yang bertanggungjawab untuk data peribadi anda ialah Tools for Humanity GmbH, di alamat Marcel-Breuer Str. 6, 80807 Munich.
Jika anda ingin mengemukakan kebimbangan tentang amalan data, anda berhak berbuat demikian dengan pihak berkuasa penyeliaan tempatan anda atau pihak berkuasa penyeliaan utama TFH GmbH, Pihak Berkuasa Perlindungan Data Bavaria (“BayLDA”) melalui butiran hubungan yang disenaraikan di laman web mereka.
LAMPIRAN – Alasan/tujuan undang-undang untuk aktiviti pemprosesan data Tools for Humanity
TFHPS20250731