Dasar Privasi Tools for Humanity
Dasar Privasi Tools for Humanity
Dasar Privasi ini menerangkan cara Tools for Humanity Corporation (“Kami”, “TFH”) memproses data anda apabila anda menggunakan laman web, perkhidmatan dan aplikasi kami – seperti World App, World ID dan World Money, seperti yang mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa (“Aplikasi”) – (secara kolektif, “Perkhidmatan” kami). Kami telah cuba memastikan dasar ini mudah untuk anda, dan Kami tidak sekali-kali menjual maklumat peribadi anda.
Jika anda menggunakan mana-mana Perkhidmatan TFH atau Orb yang dibangunkan oleh TFH bagi mengesahkan World ID anda, bahagian pertama Dasar Privasi ini terpakai kepada anda. Syarikat lain boleh membina aplikasi (“Aplikasi Sepadan”) dan atau Orb untuk membolehkan orang ramai mencipta, menyimpan, mengesahkan atau menggunakan World ID mereka.
Pengesahan World ID dan OrbAnda boleh mencipta dan menyimpan World ID dengan menggunakan Aplikasi yang Sepadan. Apabila anda mencipta dan menyimpan World ID anda, anda boleh memilih untuk mengesahkan World ID anda. Mencipta World IDAnda mula dengan memasang Aplikasi Sepadan pada telefon anda. Aplikasi Sepadan akan mencipta nombor rawak secara automatik, Rahsia World ID anda. Nombor ini hanya ada di peranti mudah alih anda dan tidak akan didedahkan kepada sesiapa. Mengesahkan World IDUntuk mengesahkan World ID anda, anda boleh membuat janji temu dengan Orb. Orb akan: mengambil gambar muka dan mata anda; menganalisis imej tersebut untuk mengesahkan bahawa anda ialah seorang manusia unik; menjana kod iris; menjadikan kod iris itu tanpa nama; menyulitkan imej, kod iris serta data yang telah dianonimkan serta menghantarnya ke telefon anda; dan memadamkan semua data itu secara kekal daripada Orb. Ketahui lebih lanjut tentang Orb. KemanusiaanPertama, rangkaian neural pada Orb menilai imej untuk menentukan sama ada individu dalam imej itu ialah manusia sebenar yang masih hidup untuk menyekat imej dan foto palsu tulen pada skrin yang cuba menipu Orb. KeunikanKedua, kami menyemak bahawa anda belum pernah mengesahkan World ID sebelum ini – dan memastikan anda unik. Untuk tujuan tersebut, Orb menghasilkan abstraksi daripada imej mata bagi mewujudkan kod iris. Kod iris ialah hasil daripada perwakilan matematik bagi imej mata anda. Kod iris tersebut kemudiannya dibahagikan kepada beberapa bahagian kriptografi menggunakan Skim Perkongsian Rahsia dan diagihkan merentasi nod bebas dalam rangkaian Pengiraan Pelbagai Pihak. Proses ini dikenali sebagai Pengiraan Pelbagai Pihak Tanpa Pengenalan Identiti (Anonymized Multi-Party Computation atau AMPC). Ketahui lebih lanjut tentang AMPC. Selepas dianonimkan, keunikan data tersebut disahkan dengan membandingkan perkongsian AMPC secara kriptografi dengan pangkalan data besar yang mengandungi perkongsian AMPC lain yang tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana individu, bagi menentukan sama ada perkongsian AMPC baharu itu benar-benar unik. Jaminan UmurDalam sesetengah proses pengesahan atau keselamatan, TFH mungkin menggunakan teknologi analisis wajah atau anggaran umur untuk menilai sama ada seseorang kelihatan memenuhi syarat umur minimum atau untuk mengesan pengguna yang berkemungkinan di bawah umur. Sistem ini digunakan semata-mata untuk tujuan keselamatan, pematuhan undang-undang dan pencegahan penipuan, dan bukan untuk mengenal pasti identiti individu. KawalanImej, kod iris dan perkongsian AMPC ditandatangani secara kriptografi serta disulitkan supaya dapat dihantar dan disimpan dengan selamat pada telefon anda. Data kemudiannya dipadamkan secara kekal daripada Orb. Ini bermakna anda sahaja yang mempunyai salinan data peribadi anda. Ketahui lebih lanjut tentang Kawalan Peribadi. Anda boleh menggunakan imej pada telefon anda untuk pengesahan muka. Pengesahan muka memadankan swafoto wajah anda dengan imej yang ditandatangani secara kriptografi dan diambil oleh Orb untuk memastikan bahawa anda ialah pemilik sah World ID tersebut. Pengesahan muka juga dilakukan sepenuhnya pada telefon anda. Ketahui lebih lanjut tentang Pengesahan Muka. Bagaimanakah data dijadikan tanpa nama?Penyulitan ke dalam perkongsian AMPC adalah secara rawak– walaupun anda membuat pengesahan sebanyak dua kali, perkongsian yang terhasil akan berbeza sepenuhnya setiap kali. Kaedah khas yang digunakan untuk mengira perkongsian AMPC membolehkan perkongsian tersebut digunakan untuk menentukan keunikan, dan bukan untuk tujuan lain. Menyimpan perkongsian AMPC dengan universiti dan pihak lain yang mendapat kepercayaan awam memastikan perkongsian AMPC tidak akan digabungkan semula atau digunakan untuk sebarang tujuan lain selain ujian keunikan. Dengan cara ini, tiada data peribadi disimpan atau boleh diakses oleh mana-mana penyumbang atau peserta protokol World, atau mana-mana pihak ketiga. Penggunaan World IDJika pengesahan Orb anda berjaya, cincangan rahsia World ID anda (nombor rawak) ditambahkan dalam senarai awam cincangan World ID yang disahkan tanpa mengetahui identiti anda atau jenis data yang dikumpul pada Orb. Apabila anda menggunakan World ID anda, anda membuktikan dari telefon anda bahawa anda menyimpan rahsia World ID dalam salah satu cincangan dalam Hash Tree tanpa mendedahkan cincangan tersebut. Bukti Sifar Pengetahuan (Zero Knowledge Proof, ZKP) memastikan anda tidak mendedahkan cincangan mana yang anda gunakan. Sebaliknya, ZKP mencipta cincangan pembatal untuk tindakan khusus yang bertindak sebagai World ID pakai buang dengan tindakan khusus. Ini membolehkan anda menggunakan World ID secara tanpa nama. Ini bermakna jika anda log masuk ke dua perkhidmatan berbeza menggunakan World ID anda dan perkhidmatan tersebut cuba mengenal pasti anda dengan berkongsi cincangan pembatal anda, mereka tidak dapat mengenal pasti anda. Ini tidak menyelesaikan atau menghalang mereka daripada mengenal pasti anda melalui cara lain yang selalu digunakan oleh platform dalam talian, tetapi lambat laun boleh membantu menangani masalah penjejakan dalam talian. Ketahui lebih lanjut tentang ZKP. |
Data Peribadi Yang Di Kumpul Dan Digunakan Oleh Kami
Kami mengumpul data peribadi anda apabila anda memberikannya kepada kami dan apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami. Dalam sesetengah kes, Kami juga menerima data peribadi daripada pihak ketiga. Seperti yang dijelaskan lebih lanjut di bawah, anda boleh mengakses, membetulkan atau memadam data peribadi anda pada bila-bila masa.
Data peribadi yang anda berikan kepada kami
Dalam keadaan tertentu, dan bergantung pada fungsi Aplikasi, kami mungkin meminta data daripada anda, atau anda boleh memberikan data kepada kami atas inisiatif anda sendiri. Anda boleh mengubah fikiran anda dan mengubah suai atau memadamkannya pada bila-bila masa melalui tetapan dalam Aplikasi kami.
- Anda boleh menambah nombor telefon anda. Ini membantu kenalan anda mencari anda dan berinteraksi dengan anda. Anda juga boleh menggunakan nombor telefon anda untuk memulihkan data sokongan dan menggunakan sistem rujukan kami (lihat rujukan perkongsian kami).
- Anda boleh menyegerakkan kenalan anda. Ini membolehkan anda melihat kenalan yang telah menambahkan nombor telefon mereka ke dalam Aplikasi, sekali gus memudahkan anda untuk berhubung dan berinteraksi dengan mereka. Kami tidak menyimpan nombor kenalan anda.
- Anda boleh mencipta nama pengguna, yang boleh anda ubah pada bila-bila masa. Nama pengguna anda hanya dipautkan kepada aplikasi anda dan tidak dipautkan kepada World ID anda.
- Anda boleh berkongsi geolokasi dengan kami, contohnya, untuk mencari Orb yang berdekatan dengan anda dan membantu kami menentukan lokasi yang sesuai untuk menyediakan Orb pada masa hadapan.
- Anda akan diminta memasukkan tarikh lahir anda. Tarikh lahir anda tidak dikekalkan atau disimpan dan hanya digunakan pada peranti anda untuk menentukan sama ada anda memenuhi syarat umur minimum untuk menggunakan Perkhidmatan.
- Jika anda menghubungi kami, contohnya untuk mendapatkan bantuan atau sokongan, Kami akan memproses mesej dan komunikasi dengan anda yang boleh mengandungi data peribadi anda. Jika anda memberikan maklum balas melalui tinjauan, Kami akan menggunakan maklum balas anda untuk menambah baik perkhidmatan kami.
- Jika anda menggunakan fungsi sembang Kami tidak dapat melihat atau mengakses mesej sembang anda. Mesej dan metadata yang berkaitan adalah sulit sepenuhnya dan Kami tidak boleh menyahsulitkan atau mengaksesnya. Kami hanya menghalakan mesej yang disulitkan melalui pelayan kami daripada pengirim mesej kepada penerimanya.
- Anda boleh memilih untuk membenarkan kami menganalisis maklumat tentang interaksi anda dengan Aplikasi kami bagi membantu kami mengenal pasti pepijat serta menambah baik produk kami.
- Anda boleh memilih untuk memberikan data anda untuk menambah baik World ID untuk manfaat semua. Untuk memastikan World ID selamat, boleh dipercayai dan inklusif, model yang menjanakannya memerlukan data latihan daripada populasi yang pelbagai. Anda boleh memilih untuk berkongsi imej Orb dan foto Pengesahan Muka anda untuk membantu melatih model tersebut.
- Anda boleh menambahkan Bukti Kelayakan seperti pasport dalam beberapa aplikasi kami. Kami akan menyemak kesahihan bukti kelayakan anda, mengesahkan wajah anda sepadan dengan gambar pada bukti kelayakan dan kemudian menyimpan data bukti kelayakan anda dengan selamat pada peranti anda. Kami tidak akan mempunyai akses kepada maklumat peribadi yang terkandung pada bukti kelayakan anda.
- Anda boleh memilih untuk mengesahkan World ID anda dengangambar swafoto (Semakan Swafoto). Gambar tersebut disimpan hanya pada peranti anda. Swafoto tersebut diproses untuk memastikan keunikan dan sifat kemanusiaan dan hanya data anonim disimpan oleh TFH.
- Pada platform pihak ketiga tertentu (cth. persidangan video dan aplikasi sembang video), anda boleh memilih untuk menggunakan ciri Deep Face kami bagi membantu melindungi akaun anda daripada penyamaran, palsu tulen, serangan ulangan dan aktiviti penipuan yang lain. Apabila diaktifkan, imej wajah, swafoto, rakaman video pendek atau data pengesahan biometrik yang berkaitan mungkin diproses untuk menilai sifat kemanusiaan, keaktifan dan sama ada kandungan kelihatan asli atau dihasilkan secara sintetik. Semua data biometrik diproses hanya pada peranti anda dan hanya data anonim disimpan oleh TFH.
Maklumat yang Kami kumpul apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami
- Apabila anda menggunakan Aplikasi, Kami mengumpul maklumat tentang sambungan anda, seperti alamat IP anda, jenis penyemak imbas dan data berkaitan untuk menyediakan Perkhidmatan kami dan menyesuaikannya mengikut negara lokasi anda. Selanjutnya, kami mengumpul metadata peranti seperti resolusi skrin anda, sistem pengendalian, pembawa, bahasa, memori, aplikasi yang dipasang, tahap bateri dan nombor peranti untuk memastikan aplikasi anda berfungsi dengan baik pada peranti anda dan mematuhi Terma dan Syarat kami. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk mengesan dan mencegah penipuan.
- Kami mengumpul maklumat tambahan tentang cara anda berinteraksi dengan Aplikasi kami bagi memastikan ia berfungsi seperti yang anda jangkakan (cth., menyimpan tetapan anda dan tahap pengesahan anda supaya kami dapat memaparkan antara muka yang sesuai).
- Kali pertama anda membuka World App pada telefon anda, aplikasi ini menjana dompet kripto secara rawak termasuk alamat dompet untuk anda. Kami memproses alamat dompet tersebut untuk membolehkan transaksi melibatkan dompet anda. Kunci peribadi yang sepadan dengan dompet hanya disimpan pada peranti anda dan Kami tidak akan mempunyai akses kepadanya.
- Untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan untuk menyediakan antara muka untuk transaksi rantaian blok, kami mengumpulkan salinan terkini keadaan rantaian blok awam yang boleh mengandungi transaksi awam anda sebelum ini.
- Laman web kami menggunakan Kuki. Kuki ialah fail teks kecil yang tersimpan pada peranti anda yang digunakan oleh perkhidmatan dalam talian untuk mengenal pasti peranti dan/atau keutamaan anda. Kami menggunakan Kuki fungsi untuk memastikan pengalaman laman web yang bagus untuk anda, dan Kuki pilihan untuk menganalisis dan menambah baik cara laman web kami digunakan. Untuk senarai penuh Kuki dan pilihan anda untuk menolak Kuki yang tidak penting, sila lihat Dasar Kuki kami.
Maklumat yang Kami mungkin terima daripada pihak ketiga
- Jika anda perlu menggunakan portal sokongan kami untuk mengesahkan umur anda, Kami minta pengesahan daripada pihak ketiga yang secara bebas telah mengesahkan bahawa anda sekurangnya-kurangnya sudah mencapai umur dewasa di negara anda. Kami tidak menerima sebarang maklumat lain daripada pihak ketiga ini.
- Untuk mengelakkan penipuan dan aktiviti haram pada Perkhidmatan kami, Kami menerima maklumat daripada pembekal pihak ketiga tentang peranti dan dompet rantaian blok yang dikaitkan dengan potensi penipuan dan atau aktiviti haram.
Berkongsi Data Peribadi
Dalam TFH, hanya ahli pasukan yang perlu mengakses atau melihat data peribadi untuk melaksanakan tugas mereka boleh berbuat demikian, dan Kami mempunyai kawalan akses yang ketat untuk memastikan perkara ini dipatuhi. Kami hanya menggunakan khidmat vendor dan penyedia perkhidmatan yang dipercayai serta selamat untuk memproses data. Penyedia perkhidmatan ini termasuk penyedia perkhidmatan awan yang diperakui, penyedia perisian sebagai perkhidmatan, dan firma keselamatan IT. Sila dapatkan di sini senarai lengkap pemproses pihak ketiga kami.
Kami mungkin berkongsi data anda untuk mematuhi keperluan undang-undang atau menunaikan permintaan sah daripada pihak berkuasa Penguatkuasaan Undang-undang. Jika tindakan anda melanggar Terma dan Syarat kami, atau menimbulkan risiko kepada hak kami atau pihak lain, kami mungkin memberikan maklumat anda kepada pihak berkuasa yang berkaitan. Kami akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan persetujuan anda atau atas arahan anda.
TFH dan protokol World ID direka bentuk untuk meminimumkan data peribadi yang dikongsi dengan pihak-pihak tersebut. Apabila anda menggunakan World ID dengan aplikasi, laman web atau perkhidmatan pihak ketiga (“Pihak Bergantung”), Pihak Bergantung tidak menerima imej wajah atau mata anda, kod iris, Rahsia World ID atau data biometrik asas anda yang lain. Sebaliknya, mereka menerima bukti kriptografi atau output pengesahan yang dijana menggunakan teknologi pembuktian tanpa pengetahuan, yang direka untuk mengesahkan fakta tertentu. — seperti anda seorang manusia unik, memiliki kelayakan yang sah atau belum pernah melakukan tindakan tertentu sebelum ini — tanpa mendedahkan identiti atau maklumat biometrik yang mendasarinya. Bergantung pada konteks dan undang-undang yang terpakai, isyarat pengesahan, pengecam atau metadata berkaitan tertentu mungkin dianggap sebagai data peribadi. Pihak Bergantung lazimnya merupakan pengawal data yang berasingan bagi sebarang data peribadi yang mereka proses berkaitan dengan perkhidmatan mereka sendiri, dan pemprosesan tersebut tertakluk pada notis privasi masing-masing.
Tempoh Kami Menyimpan Data Peribadi
Secara amnya, Kami menyimpan data peribadi anda seperti berikut:
- data peribadi yang anda berikan kepada kami, Kami simpan selagi anda menggunakan Perkhidmatan kami, atau sehingga anda memutuskan untuk mengubah suai atau memadamnya;
- maklumat yang Kami kumpulkan apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami, Kami tidak akan simpan maklumat ini lebih daripada dua tahun. Interaksi anda sebelum ini dengan World App (yang kami perlukan untuk memastikan aplikasi berfungsi), Kami kekalkan maklumat ini sepanjang tempoh anda menggunakan Perkhidmatan kami, atau sehingga anda memadam akaun anda;
- data pengesahan muka hanya disimpan pada peranti anda dan kekal di sana sehingga anda memadam World App atau mengalih keluar data daripada peranti anda.
- data dompet diterbitkan secara kekal pada blockchain awam, dan kami kerap mendapatkan semula salinan terkini daripadanya; dan
- maklumat yang mungkin Kami terima daripada pihak ketiga (biasanya untuk mencegah penipuan dan memastikan keselamatan anda serta pengguna lain semasa menggunakan Perkhidmatan kami) akan disimpan selama satu tahun, melainkan anda telah melanggar Terma kami. Dalam keadaan tersebut, maklumat tersebut akan disimpan selama lima tahun.
- Kami akan memadamkan secara automatik maklumat peribadi Aplikasi anda – termasuk butiran profil, data analitik pilihan, keutamaan pemberitahuan tolak dan sebarang imej yang anda sumbangkan untuk tujuan latihan – sekiranya akaun anda kekal tidak aktif selama tempoh 24 bulan. Sila ambil perhatian bahawa anda tidak akan menerima pemberitahuan tambahan mengenai pemadaman ini.
Jika dikehendaki oleh undang-undang, Kami akan terus mengekalkan data peribadi anda seperti yang diperlukan untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan kawal selia kami, termasuk pemantauan, pengesanan dan pencegahan penipuan, serta cukai, perakaunan dan kewajipan pelaporan kewangan.
Untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang sebab dan tujuan undang-undang khusus untuk aktiviti pemprosesan data kami, sila rujuk carta di bawah, yang menerangkan data yang Kami kumpulkan, tujuan Kami menggunakannya dan tempoh data tersebut disimpan.
Hak Anda
Data anda ialah hak milik anda dan Kami percaya anda seharusnya boleh melaksanakan hak anda dengan mudah pada bila-bila masa. Apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami, anda boleh pada bila-bila masa:
- mengetahui lebih lanjut tentang pemprosesan data melalui bahan sokongan di sini atau hubungi Pejabat Perlindungan Data kami di sini;
- mengakses atau membetulkan mana-mana data peribadi anda dalam tetapan Aplikasi;
- memadam data peribadi dalam tetapan Aplikasi; dan
- membatalkan persetujuan anda untuk pemprosesan data berdasarkan persetujuan atau membantah pemprosesan berdasarkan kepentingan yang sah termasuk meminta supaya pemprosesan data dihadkan, dengan mengakses tetapan dalam Aplikasi di bawah Privasi & Undang-undang.
Anda boleh melaksanakan hak ini dalam Aplikasi kami dengan mengklik pada “Privasi & Undang-undang” dalam “Tetapan”; untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pemadaman data, lihat artikel pusat bantuan ini.
Umum
Kami mematuhi Rangka Kerja Privasi Data EU-A.S. (EU-U.S Data Privacy Framework (DPF)), Sambungan UK kepada DPF EU-A.S., dan Rangka Kerja Privasi Data Switzerland-A.S. (DPF Switzerland-U.S.) seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perdagangan A.S. Kami telah disahkan oleh Jabatan Perdagangan A.S. bahawa kami mematuhi Prinsip Rangka Kerja Privasi Data EU-A.S. (Prinsip DPF EU-AS) berkenaan dengan pemprosesan data peribadi yang diterima daripada Kesatuan Eropah berdasarkan DPF EU-A.S. dan daripada United Kingdom (dan Gibraltar) berdasarkan Sambungan UK kepada DP EU-A.S. Kami telah disahkan oleh Jabatan Perdagangan A.S. bahawa kami mematuhi Prinsip Rangka Kerja Privasi Data Switzerland-A.S. (Prinsip DPF Switzerland-A.S.) berkenaan dengan pemprosesan data peribadi yang diterima dari Switzerland berdasarkan DPF Switzerland-A.S. Jika terdapat sebarang percanggahan antara terma dalam dasar privasi ini dan Prinsip DPF EU-A.S. dan/atau Prinsip DPF Switzerland-A.S., Prinsip tersebut akan diutamakan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program Rangka Kerja Privasi Data (DPF), dan untuk melihat pensijilan kami, sila layari laman web rangka kerja privasi data.
Anda mestilah sekurang-kurangnya dalam lingkungan umur dewasa dalam negara anda (dan sekurang-kurangnya 18 tahun) untuk menggunakan Perkhidmatan kami. Kami mengambil serius perlindungan kanak-kanak di bawah umur—jika anda mengesyaki seseorang di bawah umur 18 tahun menggunakan Perkhidmatan kami, sila hubungi kami dengan segera melalui Portal Privasi kami atau saluran di atas.
Kami boleh mengemas kini Dasar Privasi ini pada bila-bila masa, tetapi jika perubahan itu menjejaskan hak anda, kami akan memberitahu anda lebih awal. Jika anda menggunakan Perkhidmatan kami selepas kemas kini dilakukan, ini bermakna anda bersetuju dengan Dasar Privasi yang dikemas kini.
Cara Menghubungi Kami
Jika anda ada soalan tentang Dasar Privasi ini atau soalan lain berkaitan data, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa. Anda boleh menghubungi Pejabat Perlindungan Data dan Pegawai Perlindungan Data kami, Marc Placzek, di [email protected] atau dengan menghantar surat ke alamat: DPO, Tools For Humanity Corporation, 650 7th St, San Francisco, CA 94103, USA.
Jika anda tinggal di Amerika Syarikat atau mana-mana negara lain di luar Kesatuan Eropah, Negara Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (European Free Trade Association, EFTA States) atau United Kingdom, pengawal data yang bertanggungjawab untuk data peribadi anda ialah Tools For Humanity Corporation, di alamat 650 7th St, San Francisco, CA 94103, USA.
Jika anda tinggal di Kesatuan Eropah, Negara EFTA atau United Kingdom, pengawal data yang bertanggungjawab untuk data peribadi anda ialah Tools for Humanity GmbH, di alamat August-Everding-Straße 25, 81671 München, Germany.
Jika anda ingin mengemukakan kebimbangan tentang amalan data, anda berhak berbuat demikian dengan pihak berkuasa penyeliaan tempatan anda atau pihak berkuasa penyeliaan utama TFH GmbH, Pihak Berkuasa Perlindungan Data Bavaria (“BayLDA”) melalui butiran hubungan yang disenaraikan di laman web mereka.
LAMPIRAN – Alasan/tujuan undang-undang untuk aktiviti pemprosesan data Tools for Humanity
TFHPS20260701